Saturday, May 1, 2010


SIBU, – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan turun padang menemui rakyat Sibu pada hari ini dan esok.

Presiden UMNO itu akan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kata Residen Bahagian Sibu, Sim Kok Kee, kepada pemberita di sini hari ini.

Najib akan memulakan lawatannya dengan bertemu penduduk pekan Sungai Merah, penempatan pertama di sini bagi kaum Foochow yang datang dari China pada 1901.

Acara lain Perdana Menteri termasuk menghadiri jamuan tengah hari dengan anggota tentera di Kem Jalan Ulu Oya serta melawat tapak bagi pembinaan bangunan baru Sekolah Rendah St. Mary, yang merupakan satu daripada projek pendidikan yang diusahakan oleh mendiang Datuk Robert Lau, Anggota Parlimen Sibu yang meninggal dunia pada 9 April lepas.

Kok Kee berkata, dua lagi sesi bertemu rakyat juga diatur untuk Perdana Menteri, iaitu di Kampung Nangka dan di Dataran Sibu.


Media Cyber:

Sumber berita dari Sarawak mengatakan, Calon DAP Mr Weng sudah mula gugup dengan kehadiran Perdana Menteri di Sibu hari ini bakal menganggu-gugat strateginya untuk mengadakan kempen secara tersembunyi. (Dalam dewan..)


Menurut sumber, DAP Sibu akan mengulangi taktik-taktik DAP di Hulu Selangor dengan merasuah penduduk cina terlebih dahulu dan sekali lagi menggunakan isu orang mati, iaitu Teoh Beng Hock dan yang terbaru kematian seorang remaja 15 tahun di tembak mati oleh polis.

Dalam 92% DAPigs Sibu dijangkakan akan memutarkan segala isu nasional yang ada, hanya 8% isu tempatan yang akan dimainkan. Dan seperti mana kerajaan Pakatan yang lain, mereka akan menjanjikan pemberian geran tanah kepada cina yang telah bermastautin di Sibu.

1 comment:

minaq jinggo said...

Admin, tolong letak date reporting. Hari ini dan esok dan lusa dan tulat tu referring to what date. Tenkiu