Apabila menyedari kami mengambil foto mereka, petugas DAP terus menghilangkan diri dari pandangan kami. Nyata petugas DAP takut dengan kehadiran 'media' yang akan mendedahkan kebenaran di sebalik risalah fitnah yang disebarkan.
Jalan-jalan di sekitar waterfront Sibu, terserempak dengan petugas DAP yang sibuk menyebarkan risalah Fitnah terhadap kerajaan dibawah pimpinan Taib Mahmud yang dikatakan mempunyai kuasa besar di bumi kenyalang ini memberikan projek-projek kepada saudara mara pemimpin BN tanpa melalui open tender. Ini adalah satu fitnah yang tidak mempunyai bukti berbanding dengan kes kerajaan DAP Penang yang tidak telus.
APA YANG TERJADI DI PULAU PINANG?
Kerajaan DAP Pulau Pinang yang juga menyatakan bahawa setiap syarikat yang mendapat tender bagi projek bernilai lebih RM10 juta, perlu memberi sumbangan. Sumbangan itu untuk siapa, kerajaan negeri atau masuk poket siapa? Adakah rakyat Sibu mahu perkara yang terjadi di Pulau Pinang diulangi di Sibu? Yang mana ianya hanya akan membuatkan rakyat Sibu jatuh di tahap kemiskinan yang teruk berikutan dengan setiap projek yang diserahkan kepada syarikat kroni DAP, hanya gerombolan-gerombolan DAP saja yang menikmati hasilnya manakala rakyat Sibu pula berada di tahap yang sama dan semakin hari semakin merundum pendapatan mereka?
Sistem tender terbuka yang dicanangkan oleh Wong Ho Leng ini bukannya bertindak untuk menghapuskan kronisme sebaliknya mereka sendiri yang akan mengamalkan kronisme tersebut apabila diberi mandat untuk menjadi ahli parlimen Sibu.
JANJI LAPUK TIDAK TERLAKSANA
Di masa pilihanraya yang lalu, Wong Ho Leng tetap menggunakan isu yang sama yang mana jika rakyat memberikan kemenangan kepadanya, beliau akan memberikan tanah kepada mereka yang mengundinya, juga dana untuk sekolah agama dan jenis kebangsaan, air percuma dan berupaya mewujudkan lebihan belanjawan yang kini di'recycle'kan semula bagi meraih undi rakyat yang dahagakan pembangunan.
Sedangkan mendiang Robert Lau sudah pun memberi segala keperluan yang rakyat perlukan di Sibu dan Wong Ho Leng hanya menaburkan janji-janji pilihanraya yang tidak akan kesampaian dan jika dia diberi mandat oleh rakyat sekali pun, dia hanya berada di tahap yang selesa kerana segalanya yang ditinggalkan oleh mendiang Robert Lau sudah cukup untuk Wong Ho Leng mengatakan beliau yang melakukannya, bukannya ex MP Sibu.
Ini yang kita tidak mahu terjadi di Sibu. Rakyat sibu harus sedar, DAP adalah parti luar Sarawak yang tidak boleh kita percayai sama sekali kerana mereka (DAP) akan menarik segala hak keistimewaan bumiputra Sarawak dan cina akan lebih diutamakan.
CINA DIUTAMAKAN, BUMIPUTRA DIABAIKAN
Dibandingkan dengan negeri-negeri dibawah kerajaan Barisan Nasional, pelbagai dasar yang memanfaatkan penduduk telah dijalankan untuk kepentingan rakyat. Bukannya seperti negeri Pulau Pinang dimana isu-isu penduduk pun Kerajaan Negerinya tidak dapat selesaikan. Contohnya isu perobohan gerai-gerai peniaga kecil melayu tanpa mengambil kira segala usaha peniaga kecil yang telah mengeluarkan modal yang banyak untuk memulaan perniagaan. Dimanakah slogan-slogan mereka (DAP) yang mengatakan "rakyat diutamakan" dalam senikata lagu mereka? Apa yang terjadi kepada peniaga kecil melayu di Penang, mahukah ianya terjadi kepada peniaga kecil Sibu yang banyak dipelopori oleh kaum Iban?
DAP bukanlah satu parti yang memperjuangkan kepentingan semua kaum, matlamat mereka hanyalah 'mengkayakan' kaum cina saja, menaikkan taraf kehidupan orang cina manakala kaum-kaum lain dipinggirkan.
Kemenangan untuk SUPP dan Barisan Nasional akan memberikan kita kenyakinan untuk terus berjuang mempertahankan negara daripada ancaman-ancaman pengkhianat negara seperti Anwar Ibrahim yang menghalalkan seks rambang dan perjuangan individu (Anwar), PAS mempergunakan agama untuk kepentingan politik sempit mereka dan DAP yang suka mengambil kesempatan atau menzalimi rakyat bukan cina kerana menganggap bumiputra senang sekali diperbodohkan untuk kekayaan di poket mereka sendiri.
Demi masa depan Sarawak dan Malaysia, kita harus berganding bahu menumbangkan regim DAP/Pakatan Rakyat demi negara yang dicintai.
5 comments:
Auk...terima kasih MC,
Tragedi Buah Pala sebagai peringatan kepada penduduk Sibu...
minta linkkan blog saya http://warisanpahang.blogspot.com/ ke dalam blok ini kerana banyak menulis tentang PRK Sibu
sama-sama diucapkan Hilbert... :) sebarkan kepada orang Sarawak.
iye ke waris? :) baiklah.. kita tengok dulu.. kalau berkenan, kita letak. Check sidebar nanti ok? :) tq
malulah woi...cheit...mesti bnyk komen negatif yang diterime tapi tak nak postkan...haha..malulah tu. selak kain orang kau nampak je semua, entah2 sekarang ni kain kau terlondeh..nak tulis berpada-padalah..walaupun kita ada kebebasan namun jangan salah gunakan.suka hati awklah nak kata apakan..kalau nak tulis pleaselah gune idea sendri, ni tak kebanyakan artikel macam copy and paste je...no quality :(
Post a Comment