Sunday, May 2, 2010


Belum pun bermula secara rasmi kempen PRK Sibu telah pun bermula, baik dari pihak BN maupun pihak Dap.

Seperti biasa Dap merupakan pakatan pembangkang yang lebih kuat di Sibu berbanding dengan Pas dan Pkr. Ini berdasarkan rekod undian dalam pilihanraya umum sejak 1980an.

Pkr telah pun cuba mencari kekuatan dan kedudukan di Sibu tetapi ternyata tiada pengaruh. Pkr kalah teruk dalam pertandingan kerusi P212 pada 2008 dan Dun Nangka pada Pilihanraya Negeri Sarawak yang lalu wakil Pkr di Nangka Abd Rahman Putit hanya mampu mendapat 500 lebih sahaja undian.

Dap walaupun nampak kuat dan mempunyai pengaruh tetapi kali ini ia hanya berharap undi simpati. Kekalahan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor akan menjadi modal politik untuk merayu simpati supaya mereka diberi peluang kali ke 2 untuk bersuara di Dewan Rakyat. "Cukuplah, BN dah dapat 1, kali ini bagi pula kepada kami", mungkin inilah ayat pemanis bagi Anwar dan Nik Aziz jika turun ke Sibu.

Mereka akan berpolitik secara lembut, berbudi bahasa dan penuh dengan pujuk rayu. Tidak lagi seperti di Hulu Selangor, ketiga-tiga komponennya berkempen secara ganas, ceramah penuh dengan fitnah dan maki hamun.

Mungkin juga pemimpin Pas dan Pkr dari semenanjung tidak akan turun ke Sibu kerana di Kuching pun ramai juga otai-otai Pkr dan mereka ialah bekas parti Permas atau bekas bekas calon bebas dalam PRU Negeri yang lalu.

No comments: