Terkini dari Sibu: Majoriti penduduk yang ditemui sekitar bandar mengatakan banyak perubahan yang berlaku di era pimpinan mendiang Robert Lau. Namun begitu, terdapat juga masalah-masalah kecil yang dihadapi oleh penduduk yang perlu diberi perhatian segera.
Apabila ditanya mengenai pilihanraya kecil yang bakal diadakan, ramai yang berharap calon yang dipilih akan membawa perubahan yang lebih maju dan sekaligus menganjakkan lagi tahap ekonomi di Sibu. Juga mengharapkan, masalah-masalah kecil yang dihadapi penduduk diselesaikan dengan segera tanpa perlu melalui prosedur-prosedur yang terlalu mengambil masa untuk diselesaikan.
Anggaran kasar sebanyak 90% menyokong calon parti tempatan berbanding dengan parti DAP, parti luar Sarawak. Anggaran 90% diperolehi berdasarkan suara-suara rakyat Sibu yang telah di temuduga pada hari ini. Secara tepatnya, kaum bumiputra akan terus menyokong parti SUPP (BN). Manakala 10% lagi masih belum pasti dengan pilihan yang ada..
90% itu termasuklah kaum Cina, Iban, Melayu dan bangsa-bangsa lain. Bila ditanya mengenai calon DAP, kebanyakkan mereka tidak mengenali siapakah Wong Ho Leng apatah lagi melihat gambarnya.
Gambar, sumber dari The Unspinner
Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Robert Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 16 Mei.
No comments:
Post a Comment