Wednesday, May 12, 2010


































Hari ini saya berkesempatan meninjau kawasan projek tebatan banjir bermula dari Jalan Oya hinggalah ke Sg Merah di Sibu Sarawak ini.

Bagi kawasan ini, projek tebatan banjir diuruskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama Jabatan Pengairan dan Saliran. Saya difahamkan ada 5 projek Rancangan Tebatan Banjir yang sedang dilaksanakan di kawasan Sibu dan dijangka siap sepenuhnya pada hujung September 2010.

Saya difahamkan oleh wakil dari jabatan yang bertanggungjawab bahawa terdapat dua lagi pakej projek tebatan banjir untuk bandar Sibu. Projek ini telah dicadangkan untuk dimasukkan kedalam RMK-10.

Jadi, apa yang Anwar Ibrahim dan juga pemimpin-pemimpin Pakatan fitnahkan kononnya kerajaan Barisan Nasional mengabaikan nasib penduduk di Sibu yang kerap dilanda banjir, merupakan pembohongan semata-mata.

Pemimpin-pemimpin DAP jelas menyembunyikan fakta sebenar tentang peruntukan kerajaan BN yang berjumlah RM 78 juta bagi 4 projek Rancangan Tebatan Banjir di Sibu ini. Satu lagi projek tebatan banjir ini telah dimasukkan dibawah RMK-9.

Kerajaan Barisan Nasional ternyata prihatin dengan nasib serta keluhan penduduk-penduduk di Sibu tentang masalah banjir yang dialami mereka sejak kebelakangan ini.

Dan mendiang wakil rakyat BN terdahulu terbukti menjalankan tugasnya dengan cemerlang dengan berkerjasama dengan kerajaan negeri dan Pusat melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir di sekitar kawasan Sibu.

Bukan sedikit kos yang kerajaan salurkan bagi kemudahan serta keselesaan masyarakat disini. Saya diberitahu, Projek ini menelan belanja sebanyak RM 8.4 juta bagi kawasan Sungai Antu, RM 9.8 juta bagi Sungai Nangka, RM 9 juta bagi Sungai Lo Lembangan ke Jalan Oya dan RM 35.9 juta bagi Sungai Loba Lembangan-Pumphouse serta kawasan Ang Chui Kow.

Ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya DAP langsung tak mengambil tahu apa yang berlaku di kawasan Sibu. Mungkin juga mereka tahu tapi sengaja mahu buat-buat tak nampak hanya kerana mahu memburukkan pihak kerajaan.

Bagi saya, kerajaan Barisan Nasional di Sarawak khususnya di Sibu ini telah berkhidmat dengan penuh bertanggungjawab terhadap kebajikan penduduk-penduduk di P212 Sibu ini.

Jadi pada pandangan saya, tak ada alasan untuk masyarakat di Sibu tak memberikan undi mereka kepada kerajaan Barisan Nasional sebagai tanda terima kasih diatas perlaksanaan amanah yang telah kerajaan BN laksanakan.

Berbanding dengan pemimpin-pemimpin Pakatan terutamanya DAP, mereka ini hanya tahu berjanji dan kemudiannya berbohong sepertimana yang berlaku di negeri-negeri yang mereka tadbir di Semenanjung.

Diharap, rakyat di P212 Sibu ini jangan mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh segelintir rakyat semenanjung yang memperjudikan nasib serta masa depan anak-anak mereka ditangan Pakatan Rakyat.

4 comments:

Unknown said...

Tak ada apa yg nak di banggakan dengan pembangunan yg di buat oleh Kerajaan persekutuan kerana sudah sememangnya tanggungjawab kerajaan menyediakan kemudahan asas kepada Rakyat.

Ibarat seorang ayah yang becerita tentang kemurahan hatinya membeli pakaian kepada anak Isteri di kedai kopi.Tentu akan di tertawakan oleh orang ramai.

Apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang amanah ,telus dan bebas dari rasuah dan kronisme serta pemerintahan yang berteraskan hukum agama bukannya terus memperbanyakkan lesen judi asal dapat duit semua halal.

maaf jika terkasar bahasa.Ini cuma pandangan sebagai rakyat Malaysia jauh dari sentimen politik dan perkauman.

Kumbang said...

"Apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang amanah ,telus dan bebas dari rasuah dan kronisme serta pemerintahan yang berteraskan hukum agama bukannya terus memperbanyakkan lesen judi asal dapat duit semua halal."

Betul inilah ciri-ciri kerajaan yang bagus. Sayangnya Pakatan Rakyat juga lebih bobrok dalam konteks ini. Barisan Nasional tidak syumul. Tapi sekurang-kurangnya BN lebih amanah, telus dan bebas rasuah.

PR baru dapat 5 negeri (pasca PRU12), tapi macam-macam isu ketelusan timbul. Sampai ada rasuah perempuan pun! Mengalahkan sejarah BN di 7 negeri lain!

Unknown said...

Tangkap pemimpin rasuah itu ,tanpa mengira pembangkang atau kerajaan.itu baru adil.Dan jangan halang kerja SPRM.

Anonymous said...

Haaaaaaaahaaaaa, kelakar betul lah kau ni.

Bukan terbukti menjuarai rakyat dengan mengadakan projek segera di SIBU, tetapi lebih kepada projek bayar hutang pembangunan yang dah lama rakyat harapkan, sejak dari Merdeka hingga sekarang.

Pemikiran yang dah tak sesuai di dunia yg serma maju ni