Saturday, May 8, 2010



Di sekitar hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Sibu, suasana agak tenang, cuaca panas terik. Perarakan DAP bermula pada jam 8.15 pagi dengan kehadiran seramai 500 orang, majoritinya 87% adalah penyokong DAP, 11% penyokong PKR, 1% PAS dan 1% lagi penyokong SNAP.

Pilihan Raya Kecil kali ini disertai oleh calon bebas tajaan PKR (dibelakang tadbir), Narawi Haron, 60 tahun. persara tentera. Calon BN seperti mana yang diketahui, Robert Lau Junior dan Wong Ho Leng calon "recycle" mewakili parti luar Sarawak, DAP.

Kehadiran beberapa orang penyokong PAS yang cuba menyemarakan lagi semangat penyokong yang lain tidak berjaya berikutan dengan budaya ganas yang dibawa oleh PAS Kelantan tidak digemari oleh rakyat Sibu. Dari awal hingga ke akhir, PAS seperti dibiarkan tanpa disahut laungan takbir mereka.

SNAP pula bagaikan parasit, menumpang populariti DAP yang mana perarakan itu dihadiri oleh Wan Azizah, Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Ngeh, Teresa Kok, Azmin Ali, Hassan Ali dan pemimpin-pemimpin lain yang tidak ternama. 


Perarakan DAP didendangkan dengan lagu DAP bertajuk "Jom Ubah" yang jelas sekali meniru slogan BN di Hulu Selangor, "BN Mampu Berubah". Juga terselit dalam senikata lagunya "Rakyat Diutamakan" ditiru bulat-bulat tanpa malu tanpa segan. Nyata DAP ketandusan idea mencari isu di Pilihan Raya Kecil kali ini. Peranan Ronnie Liu sebagai 'pengarah strategi" PRK Sibu gagal.

PAS sekali lagi cuba menghangatkan keadaan tetapi dihalang oleh beberapa pemimpin DAP yang tidak gemarkan cara PAS berkempen sehingga ada dikalangan penyokong PAS bertindak meninggalkan pusat penamaan calon.

Selang beberapa minit kemudian, PAS sekali lagi bersuara dengan melaungkan bahawa Pakatan Rakyat sudah menang dan laungan itu hanyalah mengambarkan betapa bebalnya penyokong PAS itu. Tidak beberapa lama kemudian, penyokong PAS mula beredar dari pusat penamaan, yang tinggal hanyalah pemegang bendera.

Setelah PAS beredar, penyokong DAP menjadi bisu bagaikan tiada halatuju. Hanya berdiri menanti tanpa melakukan apa-apa provokasi. DAP hanya bergantung kepada penyokong PKR dan PAS untuk menyemarakkan hari penamaan calon yang mana kebanyakan penyokong DAP ini di import dari tanah seberang. Penyokong DAP local yang hadir, hanyalah sekitar 140 orang saja.

Jam 9.30 pagi, ramai  penyokong Pakatan Rakyat mula beredar. Gambar-gambar di sekitar pusat penamaan calon selepas ini. 

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Robert Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 16 Mei.

1 comment:

Anonymous said...

Lepas ni sarawak akan ada PRK baru. Taib akan mati..tak lama lagi. Harap-harap banyak YB yang akan mati. Tak kira BN dan PR. Bayak hujan emas akan turun..ha..ha..