Showing posts with label Calon. Show all posts
Showing posts with label Calon. Show all posts

Sunday, May 9, 2010

Depan orang ramai menahan gumbira ... tuk

Wah ... seronok sekali minum dan bersuka ria calun bebas, Narawi Haron di sebuah kelab malam di bandar Sibu malam tadi. Mana tidak?

RM20,000 sudah masyukkk ... sumbangan dari PKR. Tak hairan ada bonus kalau undinya boleh memenangkan DAP. Manalah tau lebihan undi tipis.

Narawi memenuhi hasrat PKR untuk memecahkan sebahagian undi kaum Melayu dan Iban dan menarik undi dari ke BN. Ini bukan pertama Narawi bertanding dalam pilihanraya. Pada tahun 1995, dia bertanding bebas menantang Robert Law Hoi Chew dan hanya perolehi 937 undi. Mungkin sekali jumlah sebesar ini yang PKR dan PAS harapkan dapat di tarik.

Bagi Narawi yang tidak stabil pekerjaan dan kewangan, RM20,ooo sudah kira besar. Dia hanya seorang peniaga jualan langsung dan pernah bekerja di Rascom (kem tentera) sebagai Ketua Rela tetapi dibuang kerja. Sebabnya kesalahan mengeluarkan senapang untuk anggota2 Rela tanpa kebenaran.

Narawi ini mempunyai dua orang isteri dengan enam orang anak. Dengan dua periuk nak dijaga, dia hadapai masaalah hutang kedai. Masaalah macam begini cepat diambil peluang oleh PKR.

Masalahnya ... dapat RM20,000 dah joli malam tadi. Harap2 tak habis duitnya semua.

Saturday, May 8, 2010


Di sekitar hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Sibu, suasana agak tenang, cuaca panas terik. Perarakan DAP bermula pada jam 8.15 pagi dengan kehadiran seramai 500 orang, majoritinya 87% adalah penyokong DAP, 11% penyokong PKR, 1% PAS dan 1% lagi penyokong SNAP.

Pilihan Raya Kecil kali ini disertai oleh calon bebas tajaan PKR (dibelakang tadbir), Narawi Haron, 60 tahun. persara tentera. Calon BN seperti mana yang diketahui, Robert Lau Junior dan Wong Ho Leng calon "recycle" mewakili parti luar Sarawak, DAP.

Kehadiran beberapa orang penyokong PAS yang cuba menyemarakan lagi semangat penyokong yang lain tidak berjaya berikutan dengan budaya ganas yang dibawa oleh PAS Kelantan tidak digemari oleh rakyat Sibu. Dari awal hingga ke akhir, PAS seperti dibiarkan tanpa disahut laungan takbir mereka.

SNAP pula bagaikan parasit, menumpang populariti DAP yang mana perarakan itu dihadiri oleh Wan Azizah, Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Ngeh, Teresa Kok, Azmin Ali, Hassan Ali dan pemimpin-pemimpin lain yang tidak ternama. 

Wednesday, May 5, 2010

KUALA LUMPUR : Janji-janji pilihan raya atau janji politik tidak boleh dianggap sebagai rasuah kerana kononya ia tidak membabitkan pemberian wang secara langsung kepada pengundi.

Itu alasan yang diberikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Sarawak, Bahri Mohamad Zin.

Menurutnya, jika ahli atau parti politik tertentu menjanjikan sesuatu sepanjang tempoh kempen pilihan raya, ia tidak boleh ditakrif sebagai rasuah dan terpulang kepada individu itu untuk menunaikannya.

“Sebagai contoh jika ada calon yang bertanding berjanji untuk membina kemudahan awam, itu adalah atas kapasiti mereka untuk melaksanakannya jika memenangi pilihan raya.

SPRM tidak boleh campur tangan. Tetapi jika berlaku sesuatu pemberian dan penerimaan bagi mendorong sesuatu perkara berlaku ketika pemberi melaksanakan tugas rasminya, baru SPRM boleh bertindak berdasarkan maklumat yang diterima,” katanya.

Janji pilihan raya dikatakan menjadi amalan kebanyakan ahli politik.

Bahri berkata, pihaknya akan merujuk kepada Akta Pilihanraya 1958 dan Akta SPRM 2008 jika ia membabitkan rasuah ketika pilihan raya.

Mengulas mengenai operasi SPRM pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu, Bahri berkata, pihaknya sudah membuka bilik operasi di Pejabat Cawangan SPRM Sibu dua minggu lalu bagi memantau setiap parti yang bertanding.

Tuesday, April 27, 2010


SIBU: Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, Wong Ho Leng (gambar), diumumkan sebagai calon DAP untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Pengumuman rasmi calon DAP itu dilakukan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, pada majlis makan malam di Good Happiness Restaurant di sini, sebentar tadi
KUCHING: Robert Lau Hui Yew, 45, secara rasmi diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada 16 Mei ini.

Pengumuman dibuat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selaku Pengerusi BN, sekembalinya daripada Kuala Lumpur di hangar Hornbill Skyways di sini sebentar tadi.

Surat pelantikan Hui Yew yang juga seorang peguam sebagai calon diserahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selaku Pengerusi BN, kepada Taib, yang berjumpanya di Putrajaya hari ini.

Hui Yew yang turut dikenali sebagai Robert Lau Junior adalah sepupu kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew, penyandang kerusi Parlimen Sibu selama lima penggal.