Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mei 2010 ini dijangka lebih tenang dan aman berbanding dengan PRK Hulu Selangor. Ini berikutan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang mengeluarkan kenyataan bahawa badan Pemantau Pilihan Raya Bersih Dan Adil (Mafrel) atau badan NGO seumpamanya tidak diperlukan untuk menjadi pemerhati bebas kepada perjalanan pilihan raya kecil Sibu itu nanti.
SPR telah menyediakan langkah terperinci bagi memastikan pilihan raya tersebut dapat dijalankan secara adil dan telus. "Mafrel tidak diperlukan di pilihan raya kecil Hulu Selangor baru-baru ini. Kita juga tidak memerlukan mereka sebagai pemerhati di pilihan raya kecil Sibu. "Kita telah membentuk enam pasukan penguatkuasaan. Wakil-wakil calon yang akan bertanding akan dijemput sebagai anggotanya," katanya hari ini.
Tambah mengejutkan lagi kenyataan Wan Ahmad bahawa Mafrel gagal menghantar sebarang maklumbalas atau laporan kepada SPR tentang perjalanan sembilan pilihan raya kecil yang telah dipantau oleh pihak itu sebelum ini. Padahal selama ini kita tahu bahawa Mafrel telah mengeluarkan beberapa hasil pemantauan mereka terhadap perjalanan pilihan raya kecil di negara ini.
Ini kerana berdasarkan pengalaman Mafrel yang telah memantau pilihan raya sejak tahun 2004, banyak insiden salahlaku dan pelanggaran pilihan raya yang besar berlaku di luar daripada pusat penamaan calon, pusat mengundi atau pusat penjumlahan undi. Malah Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh juga ada melaporkan bahawa ada beberapa masalah besar yang dipandang enteng oleh SPR iaitu permasalahan daftar pemilih yang sering diragui, penyalahgunaan jentera dan sumber kerajaan atau penawaran rasuah dalam bentuk wang, material dan projek ‘mee segera’ ketika berkempen selain kemungkinan berlakunya perbuatan atau tindakan ganas dan merbahaya semasa kempen, dan kita akan terus berikan tumpuan terhadap perkara ini.
Media Cyber:
SPR bukannya takut kepada Mafrel dan SPR bukan cuba untuk melindungi Barisan Nasional di pilihanraya kecil Sibu kerana mereka telah mendapat mandat daripada UMNO BN agar memastikan mereka menang besar di Sibu yang mana parlimen di Sarawak adalah talian hayat untuk BN terus berkuasa di negeri itu.
Kewujudan Mafrel yang tak ubah nama seperti waffel "dikunyah, rasa enak.. diludah rasa sampah" sebenarnya tidak membantu SPR dalam hal pemantauan-pemantauan seperti yang diwar-warkan di saat awal penubuhan Mafrel.
Mafrel sendiri tidak dapat menjelaskan kenapa mereka gagal menghantar laporan pemantauan 9 pilihanraya kecil yang lalu. Siapakah yang tidur sebenarnya? SPR atau Mafrel? Majoriti anggota Mafrel adalah orang 'pekat' Pakatan, jadi soal berat sebelah timbul dan ini tidak layak untuk menjadi badan pemantau.
Apakah kewujudan Mafrel yagn terdiri daripada puak-puak Pakatan Rakyat khuatir dengan keputusan SPR di hujung pilihanraya? Apakah Mafrel diwujudkan untuk menjadi 'troublemaker'? Sedangkan di PRU 12 yang lalu SPR memberikan keputusan yang jujur bahawa Pakatan berjaya menawan 5 negeri.
Oleh itu, Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu tidak memerlukan Mafrel yang berat sebelah yang bersekongkol dengan agen-agen Pakatan Rasuah.
No comments:
Post a Comment