Sunday, May 2, 2010


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Sabtu malam untuk lawatan singkat ke bandar Sibu dan kawasan sekitarnya termasuk Kem Infrantri Briged Kesembilan, yang sebelum ini dikenali sebagai Rascom, di Jalan Ulu Oya, Ahad.

Najib, yang diiringi oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, disambut ketibaannya di lapangan terbang Sibu oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Timbalannya Tan Sri Dr George Chan, orang kenamaan negeri dan pemimpin masyarakat.

Beliau akan memulakan jadual padatnya dengan melawat bazar Sungai Merah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Perbandaran No 3 sebelum ke Kelab Kesatuan Melayu (MUC) di Kampung Bandong di sini. - Bernama

Dengan ini maka bermulalah janji-janji ditabur pada rakyat sibu yang semestinya janji kosong oleh pimpinan DAP..Seterusnya janji ini akan terus disambung dengan PKR dan PAS yang bakal tiba di Sibu...Rakyat di Sibu perlu tahu pemainan ini sudah basi yang dimainkan oleh pembangkan kerana semua janji yang sebelum ini berapa sangat yang dikotakan...

Inilah Bukti ketelusan pimpinan kerajaan Barisan Nasional...

KUALA LUMPUR: ‘Janji mesti ditunaikan’. Itu yang ditekankan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung projek pembangunan yang diumumkan kepada penduduk Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil Parlimen itu yang berakhir kelmarin.
Beliau berkata, kerajaan komited mahu mengotakan semua janji yang sebelum itu diumumkan bagi memberi lebih kemudahan dan keselesaan kepada penduduk termasuklah di lokasi yang tidak berpihak kepada kerajaan.


“Tentu sepenuhnya....kita tidak melihat kalau kawasan ini peti undi dia menang ke, kalah ke....sebab Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pun tak kata kalau peti undi ini menang (baru kawasan dibangunkan).



“Kita kira bila kita menang sepatutnya kita menunaikan janji kita, malah Yang Berhormat P Kamalanathan sudah diarahkan terus turun padang, malah hari ini, pagi ini (semalam) pun beliau sudah turun ke Sungai Buaya bersama beberapa pemimpin. “Dia akan menyenaraikan semua perkara (diperlukan rakyat) dan sebahagian itu sudahpun ada dalam senarai kita dan akan dibincangkan dengan Datuk Noh Omar selaku menteri yang dipertanggungjawabkan oleh Perdana Menteri untuk memastikan semua projek sudah diumum akan terlaksana dalam tempoh seberapa segera yang boleh,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2010 sempena Hari Harta Intelek Negara, di sini semalam.



Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe. Muhyiddin berkata meskipun kejayaan di Hulu Selangor dianggap anjakan besar pengundi yang keluar mengundi, satu kajian terperinci tetap dibuat bagi menilai secara keseluruhan termasuk meneliti trend atau pola pengundi dari semua aspek.



Katanya, hasil analisis terperinci itu akan digunakan bagi menyusun strategi seterusnya, bagi memenangi pilihan raya dan melihat kecenderungan rakyat dalam menerima perubahan dan pembaharuan di bawah kepemimpinan baru Najib. - Metro

No comments: