Setibanya di Rumah Panjang Bawang Asan, kami disambut baik oleh penduduknya yang nyata orang kuat Barisan Nasional. Jadi, sebagai balasannya Media Cyber tayangkan gambar mereka di blog ini sungguhpun bukan di Tv. Harap mereka terus menyokong Barisan Nasional dan juga blog Media Cyber! Hahaha!
Bunyi seakan-akan bunyi cengkerik, tercari-cari dari mana datangnya bunyi itu. Ceit!! Rupa-rupanya mini boat F1 tengah racing. Enjinnya, enjin rumput, bunyinya comel, sizenya kecil. Tengah racing dengan mini boat F1 warna biru. Siapa kata orang Sarawak mundur? Mini Boat F1 dah ada, kat semenanjung Malaysia ada ke sekreatif ni? Hahahaha! Jangan pandang rendah orang rumah panjang wehh! Tabik Spring!!
Penduduk rumah panjang duduk berehat di ruang tamu yang teramatlah luas. Bagaikan sedang menunggu seseorang tiba di kampung itu. Memang tengah tunggu orang pun. Siapakah dia?
Ternampak pula si anak kecil yang comel, wajah tak ubah seperti watak kanak-kanak dalam movie animasi Monster Inc. Peek-a-boo! Comel..
Di sekitar luar rumah panjang. Rumah panjang yang sebanyak 29 pintu, entah berapa ramai keluarga yang tinggal di dalamnya.
Dua gadis comel sedang menunggu ketibaan Yang Berhormat dengan berpakaian tradisional kaum Iban. Gambar ini tak menarik? Tak mengapa, ada lagi gambar yang menarik selepas ini.
Tabuh Iban didendangkan sempena kedatangan Yang Berhormat. Bunyi yang sungguh mengasyikkan.
Kanak-kanak kecil turut memeriahkan suasana petang itu.
YB T. Murugiah dan YB Koh Tsu Koon datang melawat rumah panjang Bawang Asan. Mereka dihidangkan dengan makanan tradisional Iban. Minum tuak takde, sebab belum proses lagi walaupun perayaan Hari Gawai jatuh pada hujung bulan ini. :p kot je la..hahaha!
"DAP MEMUTAR BELIT PEMANSANG, PANDAI BECHERITA AJA!"
maksudnya Dap hanya memutarbelitkan isu tetapi penyelesaiannya tiada. Lebih kurang begitulah bunyinya.
Nenek sedang memerhatikan poster Calon BN, Robert Lau.. apakah yang sedang difikirkan oleh nenek tu?
Penduduk yang sempat kami temuramah, berikut adalah kata-kata mereka:
"kami memang menyokong kerajaan Barisan Nasional sejak dari dulu lagi, tetapi kali ini dengarkanlah suara kami yang meminta bantuan dari kerajaan agar masalah kami di kawasan ini diselesaikan segera. Kami lebih percayakan kerajaan Barisan Nasional berbanding dengan kerajaan DAP yang tidak kami kenali, apatah lagi menjenguk kampung kami di kawasan pendalaman ini pun tak pernah. Apakah hina sangat orang iban yang tinggal di rumah panjang? Di sini, kita miliki jalan yang elok, kemudahan yang mencukupi, ini semua kerajaan negeri yang sediakan untuk penduduk kampung ini"
Nak kata apa lagi? Masyarakat Bumiputra Sarawak masih terus setia menyokong Barisan Nasional. Ini tanda kemenangan Barisan Nasional di Sibu.
Seterusnya rombongan kami dipelawa untuk berpoco bersama dengan penduduk. Haha! Ikut sajalah... Orang iban pun pandai poco-poco juga ye... (^^,) Awesome!!
Barisan Nasional sudah berada di hati mereka sejak sekian lama... Sokonglah Barisan Nasional, selamatkan Sibu dari cengkaman DAP Komunis!
Masyarakat Iban di kawasan tersebut amat menyenangi calon Barisan Nasional yang mereka sifatkan sebagai berjiwa rakyat. Rumah panjang dikawasan ini juga dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan asas seperti elektrik dan juga air bersih. Saya juga tersenyum apabila melihat banyak juga rumah penduduk disini yang ada kemudahan Astro dan lebih mengejutkan mini boat F1.
Dari temubual pendek yang sempat diadakan oleh sahabat blogger, saya diberitahu bahawa masyarakat Iban disini yakin dengan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.
Walaupun kehidupan mereka agak daif namun mereka tahu hanya pemimpin Barisan Nasional Sarawak yang mampu memenuhi tuntutan masyarakat Iban disitu.
Berbeza pula dengan DAP dan Pakatan Rakyat, kempen mereka hanya tertumpu disekitar kawasan bandar dan keberatan untuk bertandang ke kawasan pendalaman. Ini menjadi satu kelebihan bagi jentera Barisan Nasional di sini mendekati serta mendengar masalah rakyat setempat terutamanya masyarakat Iban.
Bagi mereka, DAP hanya mampu berjanji kosong sedangkan selama ini pemimpin BN lah yang melaksanakan semua perubahan dan membawa kemajuan dikawasan mereka. Mereka menyifatkan juga bahawa pemimpin-pemimpin DAP hanya mahu memecahkan perpaduan diantara mereka selama ini dengan cubaan menyemai budaya fitnah dan benci kepada kerajaan.
Nampaknya, dakyah DAP dan Pakatan Rakyat kepada masyarakat Iban disini langsung "tak laku" dan tak mendapat sambutan. Lim Kit Siang dan juga Lim Guan Eng yang berkampung disini sejak hari pencalonan, bolehlah pulang awal bagi mengelakkan "malu" pada 16hb nanti.
Undi masyarakat Iban hanya untuk BN, DAP dapat habuk sajalah nampaknya di P212 ini.
3 comments:
boss pinjammm gambarr
tq
Ya..Saya setuju.
Kebanyakan rakyat lebih percayakan BN daripada DAP.
Sebab BN dah lama pegang pentadbiran negara dan sudah banyak bejasa kepada rakyat.
Namun tidak dinafikan bahawa BN ada melakukan kesilapan tetapi kita tidak tahu lagi tentang kebolehan DAP sedangkan Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP pun huru hara.
Oleh itu untuk kebaikan kita semua marilah kita sama-sama mengundi untuk BN.
HIDUP UMNO!!!
silap tu.. HIDUP BN!!!!!!!!!!!!!!
Post a Comment