Thursday, May 6, 2010


Haji Hadi telah membuat kenyataan "...semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusanya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat pakai yang molek, undi PAS," katanya. (Sumber : Malaysiakini)

1.Haji Hadi kata beliau bukan bertujuan menghina tetapi lihatlah ayat-ayat terakhir perenggan di atas. Masalahnya 'terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya'. Buruk padahnya beerti orang tidak akan sokong Pakatan Pembangkang lagi.

2.Kenyataan beliau memang jelas menunjukkan yang beliau bertujuan menghina orang Sarawak kerana marah Jawah Gerang (PKR) kalah ketika pilihan raya kecil DUN Batang Ai di Sarawak.

3.Haji Hadi tidak perlu mohon maaf secara terbuka kerana hati orang Sarawak telah terluka di atas keceluparan Haji Hadi.
4.Rakyat sibu perlu menganalisa samaada Pembangkang atau Kerajaan yang mampu membela rakyat. Adakah rakyat Sibu mahu menyokong mereka yang celupar ini, kajilah semula fakta ini sebelum memberikan undi kepada mereka.

5.Pembangkang memang pandai bermain ayat dengan menaburkan janji-janji manis tetapi gagal menunaikannya setelah menang. Mari kita ajar pembangkang dengan tidak memberikan undi kepada mereka di PRK Sibu pada 16 Mei ini

No comments: