Monday, May 10, 2010






SIBU 10 Mei - Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sibu, Charles Teng mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta merta malam ini. Tindakan Charles, 42 tahun itu diikuti oleh lima puluh ahli AMK yang lain.

Bekas Ketua Pemuda AMK berkata, beliau sudah 'puas' dengan masalah perebutan kuasa dalam PKR apabila setiap kali bermesyuarat, pasti ada yang bangkit untuk menjatuhkan ketua-ketua cawangan yang lain. Seringkali berlakunya pertelagahan di antara ketua-ketua cawangan yang tidak membawa apa-apa 'benefit' kepada mereka dan juga rakyat.

"Selama menyertai PKR, tidak banyak usaha yang dilakukan oleh PKR untuk membela rakyat melainkan mereka (PKR) hanya memperjuangkan rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Hanya Barisan Nasional saja yang benar-benar ikhlas membantu rakyat!" katanya yang sudah menyertai PKR selama 18 tahun.

Beliau berharap, tindakannya yang keluar parti itu akan turut disertai oleh beberapa ahli PKR yang lain dan sedar bahawa PKR hanya memperjuangan politik 'mata lebam' Anwar Ibrahim. 

Turut hadir bersama dalam sidang media berkenaan, Datuk Meor Ramli yang menerima borang penyertaan bagi menyertai Barisan Nasional dalam kempen bagi memenangi pilihan raya kecil, Parlimen Sibu pada 16 Mei ini.  

No comments: