Showing posts with label Fitnah. Show all posts
Showing posts with label Fitnah. Show all posts

Saturday, May 8, 2010

Apabila menyedari kami mengambil foto mereka, petugas DAP terus menghilangkan diri dari pandangan kami. Nyata petugas DAP takut dengan kehadiran 'media' yang akan mendedahkan kebenaran di sebalik risalah fitnah yang disebarkan.

Jalan-jalan di sekitar waterfront Sibu, terserempak dengan petugas DAP yang sibuk menyebarkan risalah Fitnah terhadap kerajaan dibawah pimpinan Taib Mahmud yang dikatakan mempunyai kuasa besar di bumi kenyalang ini memberikan projek-projek kepada saudara mara pemimpin BN tanpa melalui open tender. Ini adalah satu fitnah yang tidak mempunyai bukti berbanding dengan kes kerajaan DAP Penang yang tidak telus.

APA YANG TERJADI DI PULAU PINANG?

Kerajaan DAP Pulau Pinang yang juga menyatakan bahawa setiap syarikat yang mendapat tender bagi projek bernilai lebih RM10 juta, perlu memberi sumbangan. Sumbangan itu untuk siapa, kerajaan negeri atau masuk poket siapa? Adakah rakyat Sibu mahu perkara yang terjadi di Pulau Pinang diulangi di Sibu? Yang mana ianya hanya akan membuatkan rakyat Sibu jatuh di tahap kemiskinan yang teruk berikutan dengan setiap projek yang diserahkan kepada syarikat kroni DAP, hanya gerombolan-gerombolan DAP saja yang menikmati hasilnya manakala rakyat Sibu pula berada di tahap yang sama dan semakin hari semakin merundum pendapatan mereka?

Sistem tender terbuka yang dicanangkan oleh Wong Ho Leng ini bukannya bertindak untuk menghapuskan kronisme sebaliknya mereka sendiri yang akan mengamalkan kronisme tersebut apabila diberi mandat untuk menjadi ahli parlimen Sibu.

Wednesday, May 5, 2010

MIRI 4 Mei - Rakyat Sibu perlu tahu membezakan antara 'kaca dan permata' menjelang Pilihan Raya Kecil Sibu 16 Mei ini ekoran pelbagai janji dan fitnah yang ditabur oleh parti pembangkang.

Naib Presiden Kanan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan berkata, kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) ketika ini bukan berjanji kosong pada setiap kali pilihan raya tetapi akan menunaikan setiap janji mereka kepada rakyat.

''Selama ini kerajaan BN yang banyak membawa pembangunan di kawasan Sibu dan tiada siapa yang boleh menafikannya.

''Saya berharap rakyat di Sibu terus memberi sokongan padu kepada kerajaan bagi melancarkan lagi segala pelaksanaan pembangunan yang dirancang di kawasan itu pada masa depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Rumah Patrick Libau di Niah dekat sini semalam.

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang begitu rakus dalam memburuk-burukkan BN menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu pada 16 Mei ini.

Pada majlis tersebut, Awang Tengah mengumumkan Skim Elektrik Luar Bandar (RES) berjumlah RM3.5 juta untuk Rumah Patrick Libau manakala RM10,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta RM5,000 kepada biro wanitanya.

Dalam pada itu beliau berkata, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini giat memburuk-burukkan BN dengan menimbulkan pelbagai isu yang tidak pernah berlaku dengan harapan dapat meraih undi penduduk di Sibu .

Menurutnya, sebenarnya itu adalah taktik kotor pembangkang dalam usahanya menjatuhkan kerajaan BN.

Saturday, May 1, 2010

SIBU, – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan turun padang menemui rakyat Sibu pada hari ini dan esok.

Presiden UMNO itu akan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kata Residen Bahagian Sibu, Sim Kok Kee, kepada pemberita di sini hari ini.

Najib akan memulakan lawatannya dengan bertemu penduduk pekan Sungai Merah, penempatan pertama di sini bagi kaum Foochow yang datang dari China pada 1901.

Acara lain Perdana Menteri termasuk menghadiri jamuan tengah hari dengan anggota tentera di Kem Jalan Ulu Oya serta melawat tapak bagi pembinaan bangunan baru Sekolah Rendah St. Mary, yang merupakan satu daripada projek pendidikan yang diusahakan oleh mendiang Datuk Robert Lau, Anggota Parlimen Sibu yang meninggal dunia pada 9 April lepas.

Kok Kee berkata, dua lagi sesi bertemu rakyat juga diatur untuk Perdana Menteri, iaitu di Kampung Nangka dan di Dataran Sibu.


Media Cyber:

Sumber berita dari Sarawak mengatakan, Calon DAP Mr Weng sudah mula gugup dengan kehadiran Perdana Menteri di Sibu hari ini bakal menganggu-gugat strateginya untuk mengadakan kempen secara tersembunyi. (Dalam dewan..)

Wednesday, April 28, 2010


TUDUHAN PALSU YANG DIBUAT OLEH NIZAR JAMALUDDIN DALAM VIDEO TERSEBUT SANGAT BERBAHAYA DAN BOLEH DIKIRA MENGHASUT RAKYAT JUGA BOLEH MENIMBULKAN HURU HARA. NIZAR MENDAKWA DATUK SERI NAJIB PERNAH BERKATA

" KITA MESTI BASAHKAN KERIS INI DENGAN DARAH CINA "
" KITA MESTI BANJIRKAN PEKAN KUALA LUMPUR DENGAN DARAH CINA "

MINTA PIHAK KESELAMATAN BERTINDAK SEGERA TERHADAP MANUSIA YANG GILA TALAK JAWATAN MB INI.