Thursday, April 29, 2010



PAS akan menggerakan jentera pakarnya dari Semenanjung tanah air untuk bersama-sama jentera di Borneo bagi menggempur BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu – Harakah.

Syabas kepada pucuk pimpinan PAS yang begitu mengambil berat dengan pertarungan yang melibatkan rakan sepakatan lebih-lebih lagi DAP sehingga sanggup menyeberang lautan yang luas untuk ke Sarawak bagi memastikan BN kalah pada kali ini. Jentera kempen yang dihantar itu pula terdiri daripada barisan pakar pembohong dan penghasut yang mungkin diketuai Nizar untuk menghasut dan menerapkan sentimen perkauman kepada penduduk di Sibu seperti yang berlaku di Hulu Selangor.

Mungkin skrip yang sama bakal digunakan PAS. Kita berharap kerajaan negeri akan memperketatkan dokumen kemasukan puak perosak ini nanti bagi membendung gejala politik sampah PAS daripada meresapi pemikiran rakyat Sarawak. Sebelum ini kerajaan negeri pernah menyenaraihitamkan beberapa nama individu terutamanya dari PKR daripada memasuki negeri ini kerana khuatir dengan kehadiran mereka keadaan menjadi tidak tenteram ketika kempen dan pada hari pilihanraya sedang dijalankan. Tindakan juga patut dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang disyaki cuba menimbulkan keadaan huru-hara lebih-lebih lagi puak pendatang PAS.

Hairan, PAS sepatutnya menghantar jentera pakarnya termasuk bantuan nasihat bagi membantu PKR ketika di Hulu Selangor. PR awal-awal lagi sudah menjangkakan kekalahan sekiranya tidak bersungguh-sungguh untuk meraih sokongan rakyat sebelum hari pengundian. Begitu terdesak sehingga Lim Kit Siang menyasarkan PKR untuk mendapatkan 85% undi cina untuk menang.
Mengapa Lim terpaksa menyasarkan peratusan sedemikian tinggi sedangkan 47% rakyat di Hulu Selangor terdiri daripada orang melayu? Di mana Pakar jentera PAS ketika PKR sedang tenat bersaing dengan jentera kempen BN? PAS tidak bersungguh-sungguh berkempen di Hulu Selangor tetapi ingin memberi komitmen yang tinggi kepada DAP pula.

Satu yang agak aneh, kerana PAS tidak mempunyai kepentingan di Sarawak lebih-lebih lagi di Sibu yang 64% adalah penduduk cina – majoriti bukan Islam. Apakah PAS hendak menyasarkan kaum melayu untuk mengundi DAP supaya kebajikan dan agama mereka lebih terjamin di bawah naungan Lim Kit Siang dan Karpal Singh? Dari sini kita sepatutnya sedar, PAS sanggup bersusah payah kerana DENDAM kepada UMNO dan motif utama mereka untuk melihat Kerajaan pimpinan BN ditumbangkan.

PAS sepatutnya malu kepada rakyat yang sentiasa memerhatikan cara kempen mereka. Budaya politik agresif dan berbalah-balah antara penyokong bukanlah budaya dan cara rakyat Sarawak berpolitik, apatah lagi di kalangan kaum cina. PAS harus belajar dan mengambil iktibar daripada PKR yang lebih aktif berpolitik di Sarawak dan telah cuba untk berkempen seperti di semenanjung. Hasilnya mereka di halau dan dicemuh masyarakat tempatan seperti yang telah berlaku di Batang Ai.

Penyokong PR dan BN di Sarawak tidak seperti penyokong-penyokong taksub PAS di semenanjung. Cara berkempen di Sarawak adalah berhemah dan tidak ada bergaduh serta bertegang urat. Anggota kempen PR boleh masuk ke pondok panas BN untuk berehat bersama rakan yang tidak sealiran politik, begitulah juga sebaliknya. Mudah-mudahan niat jahat PR untuk menimbulkan ketegangan di sini tidak akan menjadi kenyataan.

p/s: mok ditikam ngan 'janik' kali, bok rasa jerak sidak PAS mok datang Sarawak.

No comments: