Friday, April 30, 2010

Menjelang PRK P212 Sibu, Sarawak, PAS dan DAP dan juga PKR akan menghantarkan jenteranya ke Sibu untuk berkempen dan memastikan calon DAP Weng2 yang sudah kalah berturut-turut menang di kawasan itu pada 15 Mei ini.

Tertanya-tanya juga, kalau PAS hantar jentera, agaknya PAS akan hantar sekali tak peniaga-peniaga mee sup, keow tiow sup and so on nye ke Sibu? Wakakakakakaka! PAS ni memang penipu, kata nak hantar jentera sedangkan jentera kat Hulu Selangor pun tak ramai, yang ramai kaki-kaki niaga tu adalah.

Kedatangan jentera PAS sememangnya dinanti-nantikan oleh orang Sarawak. Pintu terbuka luas untuk jentera PAS, siap dengan red karpet lagi kalau boleh.

Sehingga ke hari ini, masyarakat pribumi Sarawak tidak pernah melupakan apa yang telah diucapkan oleh Hadi Awang mengenai kemenangan BN di Batang Ai. Kata Hadi, orang Sarawak tak pandai mengundi, masih pakai cawat duduk atas pokok. Jahanam sungguh Hadi Awang dan kerana mu lah red karpet disediakan kali ini.

Siapa yang bakal menjemput para jentera PAS di pintu masuk sempadan Sibu/airport? Haahahahaha! Siapa lagi kalau bukan Borneo HeadHunter, nak hina sangat masyarakat pribumi Sarawak.
Barisan Nasional (BN) negeri tidak gentar dengan hasrat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memastikan DAP menang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu, 16 Mei ini.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Daud Abdul Rahman sebaliknya berkata, jentera komponen BN negeri akan terus bekerja lebih kuat bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

Menurutnya, Anwar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air sebelum ini juga turut menguar-uarkan yang Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menang namun perkara sebaliknya yang berlaku.

''Uar-uar (propaganda) Anwar itu kurang diterima oleh rakyat Sarawak kerana politik negeri ini tidak sama seperti yang berlaku di Semenanjung. Agak sukar bagi rakyat negeri ini menerima isu-isu berbentuk nasional yang cuba dibawa beliau.

''Daripada dulu lagi kita tidak akan gentar dengan cubaan Anwar untuk menawan negeri ini malah kita juga akan tunggu beliau pada pilihan raya negeri yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Sains Kuching di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas hasrat Anwar yang mahu memastikan DAP memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.

Thursday, April 29, 2010


PAS akan menggerakan jentera pakarnya dari Semenanjung tanah air untuk bersama-sama jentera di Borneo bagi menggempur BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu – Harakah.

Syabas kepada pucuk pimpinan PAS yang begitu mengambil berat dengan pertarungan yang melibatkan rakan sepakatan lebih-lebih lagi DAP sehingga sanggup menyeberang lautan yang luas untuk ke Sarawak bagi memastikan BN kalah pada kali ini. Jentera kempen yang dihantar itu pula terdiri daripada barisan pakar pembohong dan penghasut yang mungkin diketuai Nizar untuk menghasut dan menerapkan sentimen perkauman kepada penduduk di Sibu seperti yang berlaku di Hulu Selangor.

Wednesday, April 28, 2010


TUDUHAN PALSU YANG DIBUAT OLEH NIZAR JAMALUDDIN DALAM VIDEO TERSEBUT SANGAT BERBAHAYA DAN BOLEH DIKIRA MENGHASUT RAKYAT JUGA BOLEH MENIMBULKAN HURU HARA. NIZAR MENDAKWA DATUK SERI NAJIB PERNAH BERKATA

" KITA MESTI BASAHKAN KERIS INI DENGAN DARAH CINA "
" KITA MESTI BANJIRKAN PEKAN KUALA LUMPUR DENGAN DARAH CINA "

MINTA PIHAK KESELAMATAN BERTINDAK SEGERA TERHADAP MANUSIA YANG GILA TALAK JAWATAN MB INI.

Tuesday, April 27, 2010


SIBU: Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, Wong Ho Leng (gambar), diumumkan sebagai calon DAP untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Pengumuman rasmi calon DAP itu dilakukan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, pada majlis makan malam di Good Happiness Restaurant di sini, sebentar tadi
KUCHING: Robert Lau Hui Yew, 45, secara rasmi diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada 16 Mei ini.

Pengumuman dibuat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selaku Pengerusi BN, sekembalinya daripada Kuala Lumpur di hangar Hornbill Skyways di sini sebentar tadi.

Surat pelantikan Hui Yew yang juga seorang peguam sebagai calon diserahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selaku Pengerusi BN, kepada Taib, yang berjumpanya di Putrajaya hari ini.

Hui Yew yang turut dikenali sebagai Robert Lau Junior adalah sepupu kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew, penyandang kerusi Parlimen Sibu selama lima penggal.

Saturday, April 24, 2010


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semalam, menetapkan 16 Mei, sebagai tarikh pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Sibu, manakala penamaan calon, 8 Mei.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, proses penamaan calon dan pengiraan undi rasmi pilihan raya kecil itu akan dilaksanakan di Dewan Suarah, Sibu.

Menurutnya, pilihan raya kecil itu perlu diadakan mengikut Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, berikutan kematian, Datuk Robert Lau Hoi Chew, 9 April lalu.